Skip to content

Sejarah SK. Tudan

Sekolah Kebangsaan Tudan, Tuaran telah ditubuhkan pada 4 Mei 1970. Perasmian pembukaannya telah dilakukan oleh wakil Pengarah Pelajaran Sabah pada 10 Oktober 1970. Pada masa itu ia dikenali sebagai GPS Tudan yang hanya mempunyai sebuah bangunan yang berukuran 35’ x 20’. Bangunan ini yang dijadikan sebagai bilik darjah yang menempatkan murid-murid dari darjah satu hingga darjah enam dan mengikut sukatan pelajaran pada masa itu. Ketua Kampung En. Gokur Golintang pada masa itu merupakan orang yang berperanan penting dalam usaha penubuhan sekolah ini. Ini memandangkan sebelum penubuhan sekolah ini, murid-murid dari Kg. Tudan dan sekitarnya terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang 10 km setiap hari ke NVS Poring. En. Gokur Golintang juga telah memberikan sebidang tanah untuk penubuhan sekolah ini.

Sekolah ini didirikan di Kg. Tudan dengan keluasan kawasannya 5 ekar. Sekolah ini merupakan yang terpencil dalam daerah Tuaran, jaraknya lebih kurang 138 km dari pekan Tuaran. Pada tahun 1976, sebuah bangunan sekolah yang baru dan sebuah rumah guru telah didirikan di tapak yang berhampiran dengan sekolah yang lama. Bangunan yang baru ini berukuran 60’ x 28’ mengandungi dua bilik darjah dan sebuah bilik guru. GPS Tudan telah ditukar nama pada SRK. Tudan Ulu Tuaran mengikut perkembangan sistem pendidikan pada masa itu. Murid-muridnya terdiri daripada suku kaum Dusun yang datang dari beberapa buah kampung berhampiran. Bangunan inilah yang digunakan setiap hari.

Pekan yang paling hampir dengan sekolah ini ialah pekan Tambunan dan Donggongon. Walaubagaimanapun, penduduk kampung ini lebih bertumpu menurunkan hasil pertanian mereka di pekan Donggongon, dengan melalui perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menggunakan kereta pacuan 4 roda. Guru-guru besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah:

1. En. Nasir Jimmy
2. En. William Golonu Gontoruk
3. En. Raynerd Tanduba
4. En. Saluman Gandal
5. En. Jainal Lebar (1997 – 2000)
6. En. Saribun Sambag (2000 – 2002)
7. En. Watson Quintin (Februari 2003 – 29 Mei 2003)
8. En. Sachi @ Saji B. Sono (Mei 2005 hingga sekarang)

4 Comments leave one →
  1. tudan pro permalink
    November 6, 2009 2:35 pm

    boleh tukar gb ka?

  2. gabidzz permalink
    November 15, 2009 11:24 am

    padang yg penuh kenangan manis ketika ku bergaduh dengan seorang yg setaraf dngan aku……buli fight bh,,,knapa tida buli….antam pakai kasut gatah bh…..

    • alister permalink
      August 18, 2011 5:39 pm

      hahah..dlu sy men cni..pki samson..syok ba…;)

  3. August 18, 2011 5:40 pm

    syok ba men bla cni pdng ney..antam ja kst samaon

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: